Tuesday, February 1, 2011

malaysia gonna compete with singapore, bagus bila ada persaingan...

Bandar di Malaysia bakal jadi destinasi pilihan untuk didiami: PM


2011/02/01
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin bandar di negara ini akan menjadi antara bandar terpilih di dunia untuk didiami dengan kelengkapan moden dan rakyat berbudaya tinggi dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Justeru, Perdana Menteri mengajak rakyat menghayati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan, termasuk usaha mentransformasi bandar di negara ini menjadi bandar bertaraf dunia. “Marilah kita renungkan usaha mentransformasi bandar kita menjadi bandar bertaraf dunia, dengan keseimbangan taraf hidup dan warisan. “Satu hari nanti, insya-Allah, sambutan (Hari Wilayah) ke-47 akan diraikan sebagai antara bandar terpilih di dunia untuk didiami dengan kelengkapan moden dan rakyat Malaysia yang berbudaya tinggi,” kata beliau dalam laman Twitternya sempena sambutan Hari Wilayah ke-37 yang disambut di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hari ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), kerajaan menggariskan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau ‘Greater KL’ menjadi bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, bekerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, bandar lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga dirancang supaya menjadi lebih menarik dan selesa untuk didiami dengan ruang termasuk taman, dataran awam, laluan pejalan kaki serta tebingan sungai.

No comments:

Post a Comment