Monday, February 7, 2011

mubarak bodoh tak mau istihar perang dengan israel macam reverse psychology yang SELALU digunakan Dr M terhadap rakyat2 MY yang penakut LAGI goblok!?

Mesir syak kedutaan asing


2011/02/08
Kementerian Luar tuduh misi diplomatik seludup senjata ketika kekacauan meletus

KAHERAH: Kementerian Luar Mesir menuduh beberapa kedutaan asing cuba membawa masuk senjata dan peralatan komunikasi khas ke negara itu sejak dua minggu lalu yang menyaksikan banyak kejadian rompakan berikutan bantahan antikerajaan bulan ini. “Kami menyedari beberapa kedutaan asing di Kaherah cuba untuk membawa masuk beberapa senjata dan peralatan komunikasi dalam beg diplomatik, bergantung kepada prinsip kekebalan daripada pendakwaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, semalam. Ia menambah bahawa pihak berkuasa berkaitan mempunyai hak untuk merampas sebarang senjata atau peralatan teknologi yang memerlukan permit di Mesir,” kata kenyataan yang sama.

Kementerian Luar itu bagaimanapun tidak menamakan secara khusus kedutaan yang dipercayai cuba untuk menyeludup masuk senjata, malah tidak menjawab panggilan untuk mendapatkan pengesahan perkara itu.

Kekacauan yang bermula pada 25 Januari lalu menyebabkan 300 orang terbunuh dan menjejaskan ekonomi Mesir selepas tunjuk perasaan meletus menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan serta merta.

Beberapa negara meminta kerajaan Mesir membenarkan unit keselamatan masing-masing melindungi kedutaan mereka tetapi ia ditolak.
Kekacauan yang meletus menyaksikan aktivis, pekerja sukarela dan pemberita asing menjadi sasaran sama ada ditahan, dipukul dan peralatan mereka dirampas.

Seorang pekerja Amnesty International ditahan hampir dua hari dan ditutup mata serta disoal seorang penyiasat tentera.

“Adakah kamu tahu mengapa kamu ada di sini? Ia untuk keselamatan kamu juga,” kata warga Perancis, Said Haddadi ketika mengingati pengalamannya.

Berpuluh-puluh aktivis yang ditahan seperti Haddadi sudah dibebaskan tetapi masih ada lagi dipercayai terus ditahan.

Ada pihak menuduh kerajaan enggan memberi nama atau lokasi tahanan serta sama ada polis dan agensi ketenteraan terbabit melakukannya.


Kelmarin, stesen berita Al-Jazeera melaporkan, seorang pemberitanya, Ayman Mohyeldin, ditahan oleh tentera Mesir.

Ayman, seorang warga Amerika Syarikat ditahan di Dataran Tahrir sebelum dibebaskan tujuh jam kemudian. – Agensi

No comments:

Post a Comment