Monday, January 31, 2011

jeng jeng jeng...

Israel bimbang pergolakan di Mesir


2011/01/30


SEKUMPULAN penduduk mengadakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan perumahan mereka di Cairo, semalam.

PENUNJUK perasaan membawa poster Perdana Menteri Hosni Mubarak sebagai tanda protes.
Netanyahu arah kabinet tidak keluar kenyataan berhubung keadaan negara jiran mereka

BAITULMAQDIS: Israel menyatakan kebimbangannya mengenai pergolakan di negara jirannya, Mesir berikutan perkembangan itu mungkin menjejaskan kestabilan serantau. Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam, Israel berharap kestabilan dan hubungan baik di antara Tel Aviv dan Kaherah berterusan.Israel memeterai perjanjian damai dengan Mesir lebih 30 tahun lalu dan Kaherah adalah sekutu negara Arabnya yang terbesar.
“Kami mengikuti perkembangan di Mesir dengan rapi dan pada masa ini mesti menunjukkan sifat bertanggung jawab dan pertimbangan yang tinggi,” Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet dalam ulasan pertamanya berhubung tunjuk perasaan yang memasuki hari keenam di Mesir semalam.

Perdana menteri Israel itu berkata, beliau sudah menghubungi Presiden Barack dan setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengenai perkembangan di Mesir dan juga sudah memberitahu anggota Kabinet Israel agar jangan membuat sebarang kenyataan mengenai negara jirannya itu.

Mesir adalah negara Arab pertama untuk memeterai perjanjian damai dengan Israel pada 1979 yang disusuli dengan Jordan pada 1994.
Seorang bekas menteri pertahanan Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata, beliau bersedih dengan kemungkinan Hosni Mubarak disingkirkan kerana presiden Mesir itu adalah orang kanan kita yang paling penting di Asia Barat.

Seorang lagi bekas menteri pertahanan, Shaul Mofaz, berkata, Tel Aviv bimbang jika kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin akan mengambil alih kuasa di Mesir.

“Berikutan perkembangan terbaru di Lubnan yang mengukuhkan kedudukan Hizbullah. perkembangan di Israel menjadi satu lagi cabaran besar,” kata Mofaz kepada radio Tentera.

Beberapa pegawai di Israel mengharapkan Mubarak kekal berkuasa dengan menyatakan pemimpin kuku besi itu tidak mempunyai pengganti yang jelas.
Pelantikan Omar Suleiman kelmarin sebagai naib presiden dialu-alukan oleh beberapa pihak di Israel berikutan bekas ketua risikan Mesir itu mempunyai hubungan baik dengan Tel AVivb.

Seorang pegawai Israel yang tidak mahu namanya didedahkan berkata: “Menurut penelitian kami Mubarak akan mampu bertahan”. – Reuters

No comments:

Post a Comment