Sunday, June 12, 2011

ww3...

Taiwan kerah bot peluru berpandu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAIPEI: Taiwan merancang menempatkan bot peluru berpandu di laut China Selatan dan kereta kebal di pulau yang menjadi rebutan ketika ketegangan semakin meningkat berhubung perebutan wilayah.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, David Lo berkata, negaranya bimbang pengawal pantai yang kini ditugaskan di Kepulauan Spratly yang dituntut oleh beberapa negara dan Kepulauan Pratas, yang turut dituntut oleh China, tidak cukup lengkap untuk menangani konflik yang mungkin berlaku.


Ketika ini, pengawal pantai di Nansha (Spratlys) dan Tungsha (Pratas) hanya dilengkapi senjata ringan,” kata Lo.

“Bot yang dilengkapi peluru berpandu dan kereta kebal itu adalah pilihan yang kami tawarkan kepada pasukan pengawal pantai,” katanya tanpa menjelaskan jumlah yang akan dihantar. Menurutnya, pasukan berkenaan masih belum membuat keputusan muktamad.


Media tempatan berkata, bot peluru berpandu itu bertujuan untuk pencegahan.


Setiap satu daripada bot kelas Seagull seberat 47 tan milik Taiwan dilengkapi dua peluru berpandu Hsiungfeng I, perluru berpandu kapal ke kapal dengan kemampuan jarak 40 kilometer.

Kenyataan itu dibuat selepas China meningkatkan kehadirannya di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli selepas mengambil sikap berdiam diri selama beberapa tahun.


Taiwan, Sabtu lalu mengulangi tuntutannya terhadap Spratlys di samping tiga kepulauan lain di Laut China Selatan ketika ketegangan semakin meningkat ekoran tuntutan bertindih oleh beberapa negara lain.

Taiwan, Vietnam, Brunei, China, Malaysia dan Filipina terbabit dalam tuntutan semua atau sebahagian daripada Spratlys yang terletak di kawasan simpanan minyak.


Pasukan pengawal pantai Taiwan ketika ini mempunyai 130 anggota di Taiping, pulau terbesar di kepulauan Spratlys yang mempunyai landasan pesawat. - AFP

No comments:

Post a Comment