Sunday, March 6, 2011

PETANDA WW3... JUST READY.

Rumah senget berlumpur

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

CHRISTCHURCH (New Zealand): “Saya terharu dengan bantuan yang dihulurkan ketika kami berdepan kesulitan, hanya Allah mampu membalasnya,” kata warga Malaysia, Nor Rihan Yahaia selepas sekumpulan sukarelawan bergotong-royong membersihkan kediamannya yang terjejas teruk akibat gempa bumi 22 Februari lalu.

Kediaman Nor Rihan, 57, di Avonside Drive, di sini, dipenuhi ‘liquefaction’ atau pasir terbentuk daripada limpahan air lumpur yang keluar daripada rekahan selepas gempa bumi.


Nor Rihan berkata, akibat gempa bumi itu, rumahnya retak, dipenuhi lumpur setinggi kira-kira 0.4 meter dan senget.

“Saya dan suami tidak dapat tinggal di kediaman kami sebaliknya menumpang di rumah rakan di Little Rikaia Hut iaitu sebuah perkampungan nelayan berhampiran.


“Elektrik sudah ada manakala bekalan air belum sempurna. Suami juga sudah berusia jadi kami berdua saja tidak mampu membersihkan kawasan persekitaran rumah,” katanya tinggal di sini sejak 12 tahun lalu.


Menurutnya, dia juga tidak tahu sama ada masih boleh tinggal di kediamannya itu kerana kerosakan teruk serta kemungkinan tidak selamat.

Click Here

“Kami menunggu pasukan penilai yang akan datang nanti, jika rumah kami tidak selamat kami terpaksa berpindah ke tempat lain,” katanya.


Semalam, Kelab Putera 1Malaysia diketuai Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama pelajar Malaysia dan penduduk tempatan bekerjasama membersihkan kawasan kediaman Nor Rihan.

Suami Nor Rihan, Salahuddin O'Brien, 63, berkata, dia menghargai bantuan dihulurkan pasukan sukarelawan.


“Jika kami saja sudah tentu tidak mampu membersihkan kawasan rumah yang terjejas teruk sehingga ditenggelami pasir,” katanya.

No comments:

Post a Comment